PANAS !!! Punca sebenar Fazura, Zizan Masam Muka

Juri Maharaja Lawak Mega 2014, Nur Fazura telah menafikan mempunyai masalah dengan salah seorang anggota kumpulan Virus, iaitu Zizan Razak.

Perkara tersebut telah digambarkan sendiri oleh Fazura menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam (Rabu).

Foto dia keluar bersama Zizan itu sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak  yang mendakwa hubungannya dan Zizan bermasalah selepas tersingkirnya Virus dari MLM 2014 minggu lalu.

Menurut Fazura dia sengaja kongsikan foto-foto tersebut untuk tontonan umum dan mempunyai mesej tersendiri.

“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus.

“Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis bermasam muka.

“Semalam tiba-tiba saya terfikir mengenai isu saya dan Zizan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan segala perkara yang menyumbang kepada pelbagai andaian dan dakwaan umum terhadap saya mahupun Zizan.

“Tetapi saya tak dapat cari apa punca kami berdua berada didalam situasi ini kerana sebagai rakan artis yang saya kenali sebelum ini, tidak pernah pun saya dan dia (Zizan) bermasam muka. Saya terpanggil untuk menghubunginya dan bertanyakan tentang hal ini.

“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus,”cerita Fazura panjang lebar ketika dihubungi.

Antara perkara lain yang diulas Fazura adalah tentang sikap peminat terutamanya mereka yang fanatik serta individu disekeliling yang dikatakan penyumbang utama kepada cerita diantara dirinya dan Zizan menjadi isu besar di media sosial.

“Sejujurnya saya akui memang ada diantara satu dua tweet yang saya naikkan di Twitter menjurus kepada isu diantara kami berdua. Tetapi ia bukannya ditujukan khas kepada individu tertentu. Secara logiknya sebagai juri di MLM 2014, saya mengadili bukan Zizan seorang tetapi kumpulan Virus.

“Tidak adil jika tuduhan mengatakan saya mempunyai masalah dengan Zizan dan sebagainya. Tetapi sejujurnya sebelum ini saya telah ‘terperangkap’ dalam permainan para peminat fanatik serta mereka yang tidak senang dengan saya mahupun Zizan.

“Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir yang berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka.

“Tetapi syukur dengan kuasa Allah SWT semuanya selesai dan saya harap tiada lagi orang cuba menaikkan semula isu ini,” tambah aktres jelita ini mengulas isu tentang isu diantara dirinya dan peserta MLM 2014, Zizan Razak.

Sumber: Portal Murai

0 Response to "PANAS !!! Punca sebenar Fazura, Zizan Masam Muka "

Post a Comment